|
Diary Seorang Isteri (Lelaki Mesti Baca!!) Tuesday, 19 October 2010
Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA. Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....
KERANA ALLAH KASIH TERCIPTA
siapa wanita pertama di syurga? Monday, 18 October 2010
Wanita pertama masuk ke syurga Sayyidatina Fatimah az-Zahra adalah satu-satunya puteri Rasulullah s.a.w yang menghasilkan zuriat untuk meneruskan ksinambungan keturunan baginda. Saydatina Fatimah berkahwin dengan Sayyidina Ali bin Abi Thalib dan dikurniakan dua putera iaitu Hassan dan Hussein.
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w membicarakan mengenai kenikmatan syurga dan orang-orang yang tinggal di dalamnya. Lalu baginda ditanya oleh Fatimah, siapakah wanita pertama masuk ke syurga. Maka baginda pun menjelaskan : “Wahai anakanda! Wanita pertama yang akan masuk ke syurga ialah Mutiah. Dia hanyalah perempuan biasa dan kehidupannya amat sederhana.”
Mendengar kata-kata Rasulullah itu maka air muka puteri Rasulullah itu terus berubah. Lalu dikatakanya kepada ayahandanya : “Lantas, siapakah wanita itu wahai ayahandaku? Macamana halnya dan bagaimana amalanya sehingga dia dapat terlebih dahulu masuk ke syurga daripada anakanda?”. Lalu Rasulullah menyarankan puterinya itu untuk menziarahi rumah wanita tersebut yang terletak di Jabal Uhud.
Sayyidatina Fatimah kemudian keluar untuk mencari wanita yang dikatakan akan masuk ke syurga terdahulu daripadanya itu. Setibanya di rumah wanita tersebut, beliau pun mengetuk pintu rumah tersebut. Wanita dari dalam rumah keluar sambil bertanyakan hajat kedatanganya, tetapi tidak pula dijemput Sayyidatina Fatimah masuk ke dalam rumahnya.
Sayyidatina Fatimah menyatakan bahawa kedatanganya adalah untuk berjumpa dan berkenalan denganya. Wanita itu menjawab :“Terima kasih puan. Tetapi saya tidak dapat membenarkan puan masuk kerana suami saya tiada di rumah. Nanti saya minta izin daripadanya apabila dia balik. Silalah datang pada esok hari.”
Sayyidatina Fatimah pulang ke rumah dengan perasaan sedih dan hampa kerana tidak dapat bercakap panjang dengan wanita itu. Keesokan harinya, Sayyidatina Fatimah datang lagi bersama dengan anaknya Hassan.
Sebaik sahaja tiba di rumah itu, wanita dari dalam rumah tersebut membuka pintu. Namum belum sempat Sayyidatina Fatimah dipersilakan masuk, wanita tersebut terlihat anak lelaki puteri Rasulullah itu turut ada bersama, lantas wanita tersebut melarang Fatimah untuk menjejak masuk ke dalam rumahnya. Sayyidatina Fatimah menjelaskan bahawa kanak-kanak lelaki tersebut adalah anak lelaki nya, Hassan. Lalu wanita tersebut berkata : “Maaf puan, saya meminta izin daripada suami saya hanya untuk puan sahaja masuk, tidak termasuk budak lelaki ini sekali.”
Sayyidatina Fatimah serba salah, kerana jikalau hendak pulang ke rumah semula jauh. Hendak masuk ke rumah wanita tersebut, tidak mendapat keizinan dari wanita tersebut. Akhirnya Sayyidatina Fatimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah juga.
Keesokan harinya, Sayyidatina Fatimah datang lagi dengan membawa kedua-dua puteranya Hassan dan Hussein. Namun kehadiran Sayyidatina Fatimah kali ini benar-benar membuatkan wanita itu terkejut besar apabila mendapati ada seorang lagi budak lelaki yang belum diminta keizinan dari suaminya untuk masuk. Sayyidatina Fatimah terpaksa pulang dengan hampa untuk kali yang ketiga.
Setelah si suami pulang, wanita itu memberitahu tentang kehadiran puteri Rasulullah bersama-sama dengan cucu baginda sekali iaitu Hassan dan Hussein. Si suami sangat terkejut dan berkata : “Kenapa awak tidak membenarkan mereka masuk? Bukankah Sayyidatina Fatimah itu puteri Rasulullah s.a.w dan dua orang anaknya itu cucu Rasulullah? Sepatutnya awak membenarkan ,mereka masuk, kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung kepada keredhaanya (Rasulullah s.a.w). Selepas ini, jika mereka datang ke sini lagi dengan membawa apa pun siapa pun, terimalah dengan sebaik-baiknya dan hormatilah mereka dengan sebagaimana yang patut bagi darjat mereka.”
Kemudian wanita itu menjawab : “Baiklah. Tetapi ampunkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak.”
Pada keesokan harinya, Sayyidatina Fatimah datang semula ke rumah tersebut dengan membawa kedua-dua anaknya. Mereka dilayan dengan sewajarnya dan mereka memulakan perbualan. Tiada apa yang menarik perhatian Sayyidatina Fatimah tentang perempuan itu. Sedang asyik berbual-bual, tiba-tiba wanita tersebut bangun dan segera mempersiapkan dirinya. Dengan penampilan mengghairahkan, wanita itu berdiri di muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menanti kedatangan seseorang. Di sebelah tangannya memegang tongkat dan sebelah lagi memegang segelas air minuman. Wanita itu juga menyingsingkan kainnya dengan hujung jarinya sehingga menampakkan betis dan sedikit pehanya beserta wajah tersenyum manis.
Wanita itu langsung tidak menghiraukan Sayyidatina Fatimah, seolah-olah beliau tidak ada di dalam rumah tersebut. Fatimah berasa kurang senang dengan perlakuan wanita itu, lantas Fatimah bertanya kepada wanita dan inginkan penjelasan mengapa wanita tersebut berpenampilan sebegitu. Wanita itu mnjelaskan : “Puan, maafkan saya kerana tidak dapat melayan puan dengan sebaik-baiknya. Sebenarnya saya sedang menunggu suami saya yang akan pulang pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.”
Lantas Sayyidatina Fatimah bertanya : “Apa gunanya tongkat dan air minuman itu wahai saudari?”.”Sekiranya suami saya dahaga sebaik sahaja sampai di rumah, saya akan segera menghulurkan minuman ini kepadanya. Tongkat ini pula untuk memudahkan dia untuk memukul saya sekiranya dia tidak berpuas hati terhadap layanan yang saya berikan kepadanya.” jawab wanita itu. Sayyidatina Fatimah bertanya lagi : “Kenapa pula puan menyelakkan kain sehingga menampakkan aurat? Bukankah perbuatan seperti itu haram?”
Jawab wanita itu : “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini, tentulah menambahkan nafsu syahwatnya yang memudahkan kepada maksudnya.” Saydatina Fatimah mendengar penjelasan dari wanita itu dengan penuh hairan lantas berkata kepada dirinya sendiri : "Wanita pertama yang akan masuk ke syurga adalah Mutiah. Dia hanyalah seorang wanita biasa dan kehidupannya amat sederhana"
Fatimah pun pulang ke rumah dan terus menemui ayahandanya. Beliau berkata : “Anakanda berasa sungguh sedih kerana tidak dapat meniru dan mengamalkan tingkah laku yang ayahanda ceritakan padaku.” Rasulullah s.a.w tersenyum mendengar rintihan Saydatina Fatimah . Faham dengan perasaan puterinya itu, baginda lantas berkata : “Anakanda, janganlah terlalu bersusah hati. Wanita yang anakanda temui itu ialah wanita yang bakal memimpin dan memegang tali kerendaan tunggangan anakanda ketika masuk ke syurga. Sebab itulah dia masuk terlebih dahulu.” Mendengar penjelasan itu barulah Saydatina Fatimah tersenyum kembali.
kelebihan seorang wanita.. Sunday, 17 October 2010
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
hantaran al-quran Saturday, 16 October 2010
“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah. ” Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum. “Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik” teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
” Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut. “Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah.. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba.. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema. Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih. “Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib. Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Ra’d “Apa benda nih” detik hati Nabil. “Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil. Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim. . Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya. Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum di sisi suaminya, Nabil.
PERINGATAN UNTUK SEMUA
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Sesi soal jawab...pendapatan yang halal dan haram... Friday, 15 October 2010
Assalamualaikum Ustaz.. ada menyatakan duit dari perkejaan peragaan (wanita)adalah haram jadi disini saya nak tanya adakah sumber pendapatan dari pekerjaan yg mewajibkan kita berpakaian mandi(renang)dan pergaulan lelaki dan wanita yg bukan muhrim dikira sebagai haram.
waalaikumussalam, Ya haram hukumnya..carilah pekerjaan yang lain.
Punca rezeki/pendapatan jadi haram: 1.bertentangan dgn syariah- niat tidak menghalalkan cara…walau sebaik mane niat kita itu @taat pada perintah yang haram atau caranya bertentangan dgn syariah, maka akan jadi haram
2.pekerjaan yang jelas haramnya -melibatkan arak, judi, rasuah, penyelewengan, babi, pelacuran, seks bebas, pergaulan bebas, terbuka aurat dsbgainya
3. melalaikan dari mengingati allah: tidak solat, tak sempat hadir majlis ilmu, tak puasa, tak tunai haji, tak berzakat, dll
4. gharar- terlibat dengan penipuan, salah guna kuasa dll
untuk maklumat tambahan blh baca artikel dibawah: Punca Rezeki Diperoleh Penentu Keberkatan
ISLAM sangat mengambil berat persoalan berkaitan sumber atau punca yang membawa kepada rezeki yang diperolehi. Bahkan, kita juga diingatkan supaya sentiasa berhati-hati agar rezeki yang diperolehi datangnya dari sumber yang bersih, elok dan halal. Sebagai manusia yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, kita diwajibkan bergiat dan berjuang dalam kehidupan untuk mencari rezeki yang halal bagi keperluan diri, keluarga dan lainnya yang ada di muka bumi ini menurut bakat dan kebolehan masing-masing agar semua rezeki yang kita perolehi itu menerusi hasil yang kita usahakan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :"Kemudian selepas selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi untuk menjalankan urusan masing-masing dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak dalam segala keadaan supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)." (Surah al-Jumu'ah : 10).
Harta yang banyak, tetapi tidak ada keberkatan padanya tidak membawa apa-apa erti, malah boleh menjadikan seseorang itu sentiasa berasa tidak cukup sehingga sanggup menerima rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Sebaliknya, harta yang sedikit tetapi berkat akan membawa ketenangan dan mempunyai kesan yang baik dalam segenap kehidupan.
Semua jenis pekerjaan yang kita ceburi di dunia ini sama ada berkhidmat dengan kerajaan mahu pun swasta atau sebagai peniaga, petani, nelayan, buruh dan sebagainya hendaklah memastikan rezeki yang diperolehi itu betul-betul halal dan tidak terkeluar dari landasan syariat Islam yang sebenar seperti tidak ada unsur penipuan, penindasan, rampasan, khianat, riba, rasuah dan sebagainya.
Seseorang yang memiliki harta yang banyak, tempat tinggal yang besar dan cantik, dikelilingi anak dan isteri serta segala kemewahan yang dimiliki belum tentu hidupnya tenteram dan bahagia. Sering kali berasa resah dan gelisah takut kalau segala yang dimiliki itu akan lenyap atau hilang daripadanya. Ia berpunca daripada keberkatan yang dicabut oleh Allah SWT kerana kelalaian sendiri yang tidak mengikut lunas syariat ditetapkan dalam mencari harta atau rezeki.
Keberkatan daripada Allah SWT amat penting dalam kehidupan sesebuah keluarga. Oleh itu, seseorang itu perlu memastikan agar rezeki yang dibawa balik ke rumah untuk isteri dan anak adalah dari sumber halal. Setiap sen dari sumber haram menyebabkan musnahnya keberkatan di rumah. Setiap wang yang haram masuk ke dalam perut anak kita sebenarnya menyumbatkan api neraka ke dalam perut mereka dan Allah SWT mencabut keberkatan dari anak itu.
Ia dapat dilihat pada zaman ini iaitu berapa ramai anak yang diharapkan menjadi manusia baik tetapi akhirnya menjadi racun kepada ibu bapa dan masyarakat.
Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dalam mencari rezeki agar jangan sampai kita terjebak kepada perkara haram.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan memasuki Syurga daging yang tumbuh daripada yang haram, api Neraka lebih utama baginya."
Rasulullah SAW dalam sebuah hadis lain bersabda bermaksud:
"Tiada makanan yang lebih baik dimakan seseorang manusia melainkan apa yang diperolehi dengan titik peluhnya sendiri. Sesungguhnya Nabi Daud memperoleh rezekinya dengan titik peluhnya sendiri." (Riwayat Bukhari)
Dalam hal ini, Islam amat menitikberatkan bentuk atau cara rezeki itu diperolehi. Umumnya, bentuk atau cara mendapat rezeki dan kaedah menggunakannya hendaklah menepati panduan syarak.
Para peniaga atau ahli korporat perlu diingatkan supaya tidak melakukan kezaliman kepada oranglain. Namun, falsafah yang sering digunapakai adalah siapa yang kuat akan dapat memiliki semuanya. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sebagai seorang Islam, setiap gerak langkah kita adalah tertakluk kepada hukum-hakam syariat. Mengapa mesti menzalimi orang lain apabila kita ingin mendapatkan sesuatu keuntungan atau sebagainya.
Manusia sering kali hilang pertimbangan apabila perut atau lebih tepat lagi nafsu menjadi matlamat. Mereka ini akhirnya akan hilang maruah diri, terbabit dalam rasuah, pecah amanah dan sebagainya hingga membawa kepada tindakan 'menyembah' sesama makhluk dan bukan menyembah Allah SWT.
Dari...Abu Saufi
Larangan Allah ada hikmahnya Monday, 27 September 2010
ISLAM adalah agama serba sempurna dan diturunkan lengkap dengan aturan demi kesejahteraan manusia. Melalui al-Quran, umat Islam tidak hanya dipandukan dengan jaringan penghidupan bersyariat yang tetap dan hal itu termasuk dalam aspek perintah dan larangan Allah.
Semua yang baik dianjurkan dan segala mengandungi kemudaratan buat manusia, Allah adakan larangan. Mengapakah manusia seperti kita ini perlu diberikan panduan untuk menjalani kehidupan di dunia ini? Manusia sebagai khalifah Allah di bumi walaupun dilengkapi dengan akal fikiran, masih kurang ‘kuasa’ untuk berhadapan dengan nafsu dan godaan syaitan. Inilah dua musuh utama manusia yang semestinya disedari dan sentiasa berwaspada. Lantaran itu, dengan panduan daripada Allah dan Rasulullah s.a.w, manusia akan berupaya membina landskap kehidupan bermutu tinggi. Jadi, dalam bicara kali ini marilah kita bersama-sama menghayati dengan kualiti akal segala yang dilarang Allah Taala kepada manusia. Baiklah, sekarang kita tinjau larangan yang terkandung dalam al-Quran, kemudian kita telusuri pula dari segi saintifik mengapakah larangan itu Allah kenakan kepada kita.
1. Larangan berzina
Zina satu dosa besar yang amat dilarang Allah, namun dalam dunia serba moden ini perbuatan itu sudah menjadi penyakit sosial yang semakin kronik. Ramai golongan muda Islam yang turut hanyut dengan gejala ini. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 32 bermaksud,: ‘Dan janganlah kamu hampiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang amat jahat.’ Allah mengancam pelaku zina itu dengan ancaman azab seksa yang maha pedih di akhirat kelak. Baiklah, sekarang mari kita selidik secara ringkas dari segi saintifik pula apa yang ada di sebalik perbuatan zina itu? Banyak kajian yang dilakukan pakar perubatan menunjukkan pelbagai penyakit timbul akibat zina. Antaranya yang kini sangat membimbangkan ialah penyakit kelamin seperti sifilis dan Aids. Dari sehari ke sehari, jumlah penghidap Aids bertambah dan melalui kajian perubatan, antara faktor pencetus penyakit itu menular ialah kerana amalan seks bebas. Ini tentunya termasuk berleluasanya zina dan seks sejenis. Rasulullah sendiri berpesan kepada kita agar menjauhi amalan keji itu dalam hadis yang bermaksud: ‘Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Tiga yang diperoleh di dunia ialah hilangnya seri di wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperoleh di akhirat ialah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka.’ (Hadis riwayat Imam Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Hakim ). Benarlah ramalan nabi mengenai kroniknya masyarakat Islam suatu hari nanti apabila Baginda mengatakan: ‘Akan muncul daripada umatku mereka yang menghalalkan perbuatan zina, menghalalkan sutera bagi lelaki, minum arak dan lagu yang melalaikan.’ (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari). Keempat-empat perbuatan yang nabi nyatakan itu sudah pun menjadi perkara lumrah dan tidak lagi dilakukan secara berselindung, misalnya minum arak. Sekarang, mari lihat statistik yang menggerunkan kita. Mengikut statistik sehingga Disember 2005, terdapat sejumlah 4.3 juta kes HIV/Aids di seluruh dunia dan di Malaysia saja ada 52,000 kes. Kementerian Kesihatan pula dalam datanya menunjukkan 40 peratus daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada remaja berumur 29 tahun ke bawah. Inilah akibatnya apabila peringatan Tuhan dan segala pesanan nabi supaya menjauhi zina tidak dihiraukan. Ini di dunia, di akhirat nanti tentu azab seksa api neraka menunggu si pelakunya. Nauzulbillah min zalik, mintalah dijauhkan daripada kita semua amalan buruk yang dilaknat Allah ini.
2. Minum arak
Arak jelas diharamkan Islam sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 90 bermaksud: ‘Wahai mereka yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan melihat nasib menggunakan anak panah adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya.’ Malah Rasulullah ada menegaskan: ‘Hindarkanlah diri daripada arak, sesungguhnya ia pembuka segala kejahatan.’ (Hadis riwayat Al-Hakim). Apa ada di sebalik arak itu? Arak ialah alkohol dalam bentuk ‘ethyl alcohol’ dan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak serta sering mengakibatkan ketagihan. Hasil satu kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 2004 terdapat dua bilion penduduk dunia minum arak dan 76.3 juta daripada jumlah itu mengalami masalah kesihatan serius. Malah, di Eropah saja dilaporkan 1.8 juta kes kematian disebabkan arak. Begitulah keadaannya di negara kita. Gejala remaja dan belia Islam yang minum air syaitan ini sudah terikut-ikut sama.
Nampaknya kemodenan Barat hanya mereka lihat kepada budaya dan gaya hidup saja. Ini menyedihkan kerana sepatutnya unsur positif yang bersesuaian dengan agama perlu diamalkan. Yang jelas, apa saja yang masyarakat Barat lakukan, mereka pun turut amalkan. Kepada yang terlajak melakukannya selama ini, segeralah bertaubat kepada Allah kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Demikianlah peringatan daripada Allah iaitu jauhi zina dan arak yang di sebalik larangan-Nya, tersirat makna saintifik yang kini semua pakar perubatan mengakui kebenarannya. Jadi, hendaklah kita sentiasa beringat terhadap segala larangan Allah, demi kebaikan kita.
manusia oh manusia! Sunday, 1 August 2010
Kira-kira tiga hari setelah lebaran aku pergi mengantar anak ku ke toko buku disebuah mall besar di Jakarta, Alya, nama anak ku, hobbi nya membaca, sehingga tempat favorit yang paling senang dikunjunginya adalah toko buku, sekalian aku juga berbelanja di supermarket untuk membeli beberapa kebutuhan sehari-hari yang telah habis. Dan setelah membeli sebuah buku, kamipun langsung berbelanja seperlunya lalu beristirahat sebentar disebuah cafe sambil memesan minuman dingin pelepas dahaga di cuaca yang panas terik serta tidak lupa memesan dua potong cheese cake kesukaan anak ku. Awalnya aku tidak terlalu memperhatikan dua orang wanita yang kira-kira berusia tiga puluhan yang duduk dimeja tepat didepan ku, namun karna mereka berbicara dengan suara agak keras, jadi bukan salah ku apabila pembicaraan mereka tertangkap sangat jelas oleh telinga ku, hingga membuat aku akhirnya mengalihkan perhatianku kearah mereka berdua, dan turut terbawa oleh alur pembicaraan mereka. Kedua wanita tersebut berpenampilan lumayan menarik namun sedikit berani, dimana keduanya mengenakan tank top berwarna terang dan dipadu dengan mini skirt dan short pant yang memamerkan paha mereka yang mulus. Dan mereka berdua tengah asik berincang-bincang sambil menghembus-hembuskan asap rokok disekitarnya, sehingga membuat meja mereka dipenuhi oleh kepulan asap rokok, tanpa menyadari kalau aku sedang memperhatikan. Namun bukan hal tersebut yang sesungguhnya menarik perhatian ku, melainkan apa yang tengah mereka perbincangkan. Salah seorang diantara wanita tersebut berkata bahwa saat ini dia sedang dekat dengan seorang laki-laki yang sudah beristri, dan kemudian temannya pun menimpali, “Bagaimana dengan bininya say, apa ga takut kalo sampai ketauan, bisa-bisa ntar loe dicakar lagi”, kata temannya sambil membuang abu rokok kedalam asbak yang telah dipenuhi oleh beberapa puntung rokok didepannya. Dan wanita yang tadi sedang bercerita pun menjawab, “Peduli setan sama bininya coy, yang penting lakinya mau sama gue, hehehe, dan kalo sampe bininya tau malah bagus, kalo perlu mereka ribut dan bercerai, akhirnya kan gue yang menggantikan posisi bininya”. Kemudian lanjutnya, “Kalo bininya sampe berani nyakar gue, sebelum dia nyakar dah gue cakar duluan, ga liat kuku gue neh”, katanya sambil terbahak2″. Astaqfirulloh alazim, “ini perempuan atau iblis ya pikir ku panas”, sambil hampir saja keselek menelan sepotong cheese cake. Dan rasanya ingin sekali aku memaki-maki mereka. Untung saja aku segera sadar kalau semua itu bukanlah urusan ku dan tidak ada hubungannya denganku, dan aku hanya terbawa emosi saja mendengar percakapan yang ga beres ini. Kemudian temannya pun mengomentari, “Ngapain seh loe cari penyakit macarin laki orang segala, emang ga bisa nyari yang masih single or duda, jadi ga beresiko”, katanya. Dan wanita jahanam (maaf karna sedikit emosi) itu pun menjawab dengan santainya, “Hare gene nyari cowok single mana ada yang udah mapan dan punya ini itu, lagian cowok mapan kalo masih single bisa-bisa bermasalah atau ga bisa berdiri”, lanjutnya sambil terbahak-bahak. Kemudian dia meneruskan, ” Pernah seh beberapa kali gue ketemu cowok single tapi sama aja ga mau serius ma gue, maunya cuma enaknya aja, udah gitu ceweknya banyak lagi, daripada gue yang sakit ati mending orang laen yang sakit ati, hahaha”. Sekali lagi dia tertawa dengan puasnya seolah-olah sedang happy. Lalu katanya, “Nah kalo sama duda gue ga demen, suka aneh-aneh kemauanya, cape deh gue ngikutinnya. Paling aman ya sama laki orang ne…., selain udh mapan, dewasa n gampang dibodohin, doi juga setia sama gue, bahkan istrinya dinomor seribuin demi gue”, celotehnya dengan genit sambil mengedipkan sebelah matanya kearah teman bicaranya. ” Lagian kalo tuh cowok udah laku artinya doi normal, selain itu pastinya dah berpengalaman”, jelasnya sambil cekikikan bangga, seolah-olah yang sedang dibahas ini bukan manusia, melainkan objek. Kemudian dia menambahkan, “Kalau kita macarin laki orang, jadi ada tantangan tersendiri ne…., bikin lebih bersemangat untuk bersaing, dan biasanya gue jadi tempat curhatnya, ya mengenai RTnya lah dan bininya juga pastinya. Nah kalo dah gitu gue bisa jadi pahlawan dan dianggap paling baik serta bijaksana dimatanya, maka duit pun mengalir dengan mudah, apapun yang gue minta pasti dikasih”. Dan temannya pun tampak serius mendengarkan sambil mengangguk-angguk kecil. Fuiiihhhh…..bener-bener emosi jiwa aku mendengarnya, “keterlaluan bener ini manusia, bener-bener ga berprikemanusiaan dan ga waras, tega-teganya mengganggu RT orang, belum kena getahnya dia, dipikir hukuman Tuhan itu tidak ada”, maki ku dalam hati karna kesal. Lalu temannya pun menimpali, “Gimana dengan bininya ne…, loe udah pernah liat belum seperti apa, trus apa loe ga kasian?”. Dan sekali lagi perempuan menyebalkan itu menjawab, “Bininya jelek, jauhlah dibanding gue, lagian kalo lakinya aja ga sayang dan respek ma bininya, dan ga mikirin perasaan bininya, malah milih gue sebagai lovernya, dan bahkan mungkin waktunya lebih banyak dihabisin berdua gue ketimbang sama bininya, ngapain juga gue mikirin perasaan bininya, mending kelaut aja deh”, katanya sambil menyalakan rokok entah yang keberapa batang, dan kemudian dihisapnya dalam-dalam. Dan kata-kata terakhir yang masih sempat aku dengar dari percakapan mereka berdua adalah saat temennya berkata, “Wah, kok kedengerannya asik dan seru juga ya berpetualang pacaran sama cowok yang dah punya bini, kalo ada kenalan doi loe yang lagi nyari boleh juga tuh, cape juga gue pacaran gonta ganti ga ada yang beres, mereka cuma pada mau enaknya aja seperti loe bilang tadi, udah gitu ga menguntungkan buat gue eh sekalinya diajak serius pada ngabur, mending sekalian kaya loe aja kali yeee, sapa tau beneran jadi cere sama bininya, kita yang untung bisa langsung jadi nyonya besar, hahaha”. Dan itu adalahlah kalimat terakhir yang masuk ke kuping ku, karna serta merta aku segera ngajak anak ku Alya untuk segera beranjak meninggalkan dari tepat itu, karna kuping ku sudah terasa panas dan terbawa emosi sehingga sofa yang aku dudukin pun rasanya terbakar. lalu Alya pun dengan terbengong-bengong dan tidak mengerti membuntuti ku dibelakang. Setelah kejadian tersebut aku jadi berpikir, ternyata apa yang selama ini aku denger, bahwa banyak perempuan-perempuan yang senang mengganggu RT orang, serta merebut suami orang itu ternyata bukanlah sekedar isapan jempol. Fenomena apakah ini, apakah karna perkembangan jaman yang begitu pesat sehingga moral manusia sudah tercemar, ataukah semakin berkurangnya keyakinan manusia akan adanya Tuhan, sehingga membuat mereka sama sekali tidak takut dengan apa yang namanya dosa atau hukuman Tuhan, atau semua semata-mata karna kebutuhan ekonomi, dimana kehidupan semakin lama semakin sulit sedang manusia ingin selalu tetap exist serta diterima dilingkungannya dengan segala kemewahannya, sehingga segala cara dilakukan untuk dapat mencapai semua itu. Selain itu apakah dengan semakin banyaknya perempuan-perempuan yang berprofesi seperti itu, para istri serta kaum ibu harus lebih waspada dalam menjaga suaminya masing-masing, padahal mereka bukannya barang yang harus dijaga, serta bukan seorang kriminal yang harus diawasi serta dicurigai, karna mereka juga punya perasaan dan tanggung jawab moril terhadap rumah tangganya. Selain itu inti dari sebuah pernikahan adalah saling percaya. Lalu bagaimana kita mencermati situasi dan kondisi sosial masyarakat yang berkembang sekarang ini yang pada akhirnya membuat kita sebagai seorang wanita dan juga seorang istri mau tidak mau menjadi harus lebih waspada, walapun sesungguhnya tidak semua suami suka berselingkuh, serta tega melakukan hal tersebut hingga menghianati istrinya demi wanita liar yang baru dikenalnya, dan tidak diketahui asal usul serta latar belakang keluarganya tersebut, dan hanya berniat untuk mencari keuntungan serta memperoleh apa yang diinginkannya dengan menggangu rumah tangga orang. Karna sesungguhnya masih banyak laki-laki serta para suami yang tidak mudah tergoda, serta selalu setia kepada istrinya tanpa harus selalu dicurigai dan diawasi, karna kodratnya para suami adalah kepala RT yang sudah seharusnya menjadi contoh serta memberi tauladan yang baik bagi keluarganya. Dan yang terakhir yang bisa kita lakukan untuk menghindari hal-hal yang tidak diinginkan adalah selalu berada dilingkungan orang-orang yang baik serta terpelajar dan bermoral, dan tidak mudah terpengaruh serta percaya kepada orang-orang yang tidak kita kenal, serta tidak lupa untuk selalu berdoa memohon kepada Tuhan semoga rumah tangga kita serta orang-orang yang kita sayangi selalu dilindungi sehingga terhindar dari niat jahat serta hal-hal buruk dan negatif. Dan rumah tangga kita selalu menjadi RT yang sakinah mawadah dan warohmah selamannya….amien, selanjutnya positive thinking dan serahkan semua kepada yang diatas, karna yang kita cari adalah kebahagiaan yang abadi, bukan hanya sesaat saja.
|
profile
hi there, my name is Zyma Hamdan
& i'll write about my life when i have the time & space to..
chatbox
to me, formspring is my chatbox :p
formspring
affiliates
my tumblr
ummi amalina
adibah
afiqah judin
ajeem roslan
amalina AB
bash NA
candy vca
dayu
deena
eqaa jais
fatin sahrani
iza dwen
jiemoh
lyah kahar
nisa ali
pauline
qeen jamil
qyrna
s'bad
syazana kahar
thyrah
wizzieshii
yesh
yuyu
waiyee
zee judin
zee judin photography
archive
January 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
credits
I'll skin you alive if I found out that you're using my skin without credits!
Layout : irislauxinyu.
|