|
happy mother's day (syurga terletak di bawah tapak kaki ibu) Sunday, 9 May 2010 Alhamdulillah, hari ibu di Prihatin disambut sederhana tetapi meriah dengan penghargaan demi penghargaan kepada golongan ibu. Walaupun ramai yang di sini sudah tidak lagi merasai kehadiran ibu, tetapi sekurang-kurangnya semuanya dilahirkan oleh seorang ibu. Sehebat manapun manusia, sebesar manapun kuasanya, setinggi manapun kejayaannya, masih tetap lahirnya dari seorang ibu dan dibuai juga oleh tangannya ibu. Itulah besarnya fungsi seorang ibu yang seringkali diperlekehkan oleh generasi sekarang. Ibu hanya perlu apabila wang saku sudah kering, ibu dilupa bila anak sedang berseronok dan bersenang lenang. Kisah hikayat Melayu sahaja sudah banyak menujukkan secara simbolik tentang kuasa keramat seorang ibu. Hingga sumpah ibu boleh menukar kapal dan kelasi-kelasi Si Tanggang menjadi batu. Sumpah keramat ibu juga bisa buka bumi untuk menelan anak derhaka dalam Sumpah Semerah Padi. Sedangkan nabi tunduk pada Ibu 3 kali dan yang ke-empat barulah kepada bapa. Mengapa naif sangat anak bangsa kita yang bukan sahaja mengatakan “Ahh” (seperti tegahan Allah dalam Al-Quran) malah lebih teruk lagi. Kes ibu ditempeleng anak sudah lumrah berlaku disekeliling anda, ibu dipukul anak juga sudah normal, ibu dikurung anak juga sudah biasa, ibu dibunuh anak juga semakin menjadi lumrah. Lumrah yang manusia cipta. Apabila sesuatu yang bathil terjadi di hadapan mata dan kita membiarkannya sahaja, lama kelamaan kebathilan itu akan dilihat seperti satu perkara biasa dan lumrah. Di Prihatin sempena hari ibu, anak-anak menghadiahkan satu hadiah yang sangat besar kepada golongan ibu. Persembahan sketsa bagaimana seorang anak yang dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh membesar menjadi pembunuh kepada ibu yang pernah menjadi saluran kelahiran yang menghidupkannya dahulu. Di tambah dengan lagu-lagu latar yang bertepatan dengan genre, tanpa sedar air mata saya bergenang. Lantas saya cari isteri saya dan saya peluknya kerana besar sangat nilaian Allah kepada golongan mereka ini. Genangan itu juga membawa saya pulang mengingati besarnya pengorbanan arwah ibu saya dalam membesarkan saya sehingga akhir hayatnya. Tiada apa yang boleh dibayar setimpal dengan pengorbanan itu. Para bapa pula menghadiahkan sebuah koir yang bertajuk “Ibu” dendangan Allayarham Tan Sri P.Ramlee yang dirakamkan dalam sebuah video amatur dan juga ucapan-ucapan dari hati oleh semuanya kepada golongan ibu. Persembahan yang disampaikan bersahaja, imperfect tetapi padat dengan pelajran dan pesanan yang dapat membuat hati ibu-ibu digoncang dan airmata bergenang. Kemuncak Hari Ibu pada Ahad lepas ditutup dengan ucapan Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin Tuan Haji Dr. Masjuki bin Haji Musuri. Kalau dapat saya simpulkan ucapan beliau, pada hari ibu yang sebenarnya bukan 1 hari tetapi penghargaannya adalah sepanjang hayat, setiap hari dan setiap detik. Mewakili suara kaum bapa, Dr. Haji Masjuki merendahkan diri dan mengalah kepada kaum-kaum ibu yang duduk letaknya sangat mulia dan sangat tinggi di sisi Allah. Benar pepatah yang mengatakan “Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia”. Kerana dengan hayunan buaian (asuhan) ini lah, anak-anak membesar menjadi pemimpin ternama yang mampu mentadbir alam. |
profile hi there, my name is Zyma Hamdan & i'll write about my life when i have the time & space to.. chatbox to me, formspring is my chatbox :p formspring affiliates my tumblr ummi amalina adibah afiqah judin ajeem roslan amalina AB bash NA candy vca dayu deena eqaa jais fatin sahrani iza dwen jiemoh lyah kahar nisa ali pauline qeen jamil qyrna s'bad syazana kahar thyrah wizzieshii yesh yuyu waiyee zee judin zee judin photography archive January 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 credits I'll skin you alive if I found out that you're using my skin without credits! | |