langkah menuju kesempurnaan.
Friday, 12 February 2010

berikut adalah langkah menuju kesempurnaan dalam mencari kehidupan di dunia ini.

1. bersyukurlah apabila mendapat nikmat.

2. sabar apabila mendapat kesusahan.

3. tawakal apabila mempunyai rencana atau rancangan.

4. ikhlas dalam segala amal perbuatan.

5. jangan biarkan diri larut dalam kesedihan.

6. jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.

7. jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan.

8. jangan susah hati dengan kekayaan orang.

9. jangan hasad dan iri atas kejayaan orang.

10. jangan sombong kalau memperoleh kejayaan.

11. jangan tamak kepada harta.

12. jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan.

13. jangan hancur kerana kezaliman.

14. jangan goyah kerana fitnah.

15. jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. jangan campuri harta dengan harta yang haram.

17. jangan sakiti ayah dan ibu.

18. jangan usir orang yang meminta-minta.

19. jangan sakiti anak yatim.

20. jauhkan diri daripada dosa-dosa besar.

21. jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.

22. banyak berkunjung kerumah Allah ( masjid ).

23. lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk.

24. lakukan solat fardu pada awal waktu, berjemaah di masjid.

25. biasakan solat malam.

26. banyakkan berzikir dan berdoa kepada Allah.

27. lakukan puasa wajib dan puasa sunat.

28. sayangi dan bersikap santun kepada fakir miskin.

29. jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah.

30. jangan marah berlebih-lebihan.

31. cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.

32. bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah.

33. berlatihlah untuk banyak berzikir.

34. penuhi janji apabila telah di ikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi.

35. jangan mempunyai musuh, kecuali iblis/syaitan.

36. jangan percaya ramalan manusia.

37. jangan terlampau takut miskin.

38. hormatilah setiap orang.

39. jangan terlampau takut kepada manusia.

40. jangan sombong, takbur dan besar kepala.

41. berlakulah adil dalam segala urusan.

42. biasakan istighfar dan taubat kepada Allah.

43. bersihkan rumah dari patung-patung berhala.

44. hiasi rumah dengan bacaan al-Quran.

45. banyakkan menjalin silaturahim.

46. tutup aurat sesuai dengan petunjuk islam.

47. bicaralah secukupnya.

48. beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya.

49. hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu.

50. biasakan hidup bersih, tertib dan teratur.

51. jauhkan diri daripada penyakit-penyakit batin.

52. sediakan waktu untuk santai dengan keluarga.

53. makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan.

54. hormatilah kepada guru dan ulama.

55. sering-sering berselawat kepada Nabi.

56. cintai keluarga Nabi S.A.W.

57. jangan terlalu banyak hutang.

58. jangan terlampau mudah berjanji.

59. selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara.

60. jauhkan diri daripada perbuatan-perbuatan tidak bermanfaat seperti becakap-cakap yang tidak berguna.

61. bergaulah dengan orang-orang soleh.

62. sering bangun pada penghujung malam, berdoa dan beristighfar.

63. lakukan ibadah Haji dan Umrah apabila sudah mampu.

64. maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita.

65. jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi.

66. jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya.

67. jangan benci kepada orang yang membenci kita.

68. berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan.

69. ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka dalam kesusahan.

70. jangan melukai hati orang lain.

71. jangan membiasakan berkata dusta.

72. berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian.

73. jagalah amanah dengan penuh tanggungjawap.

74. laksanakan segala tugas dengan penuh ikhlasan dan kesungguhan.

75. hormati orang lain yang lebih tua dari kita.

76. jangan membuka aib orang lain.

77. lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya daripada kita.

78. ambilah pelajaran daripada pengalaman orang-orang arif dan bijaksana.

79. sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan.

80. jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya.

81. jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

82. kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain.

83. jangan membuat orang lain menderita dan sengsara.

84. berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa.

85. hargai kejayaan dan pemberian orang.

86. jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan.

87. akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

88. sediakan waktu untuk bersenam/riadah yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita.

89. jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu.

90. ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana.

91. pandai-pandailah melupakan sesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita.

92. jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina.

93. jangan cepat percaya pada berita keburukan berkaitan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya.

94. jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan.

95. sambutlah huluran tangan setiap orang ( pastikan aurat ) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan.

96. jangan memaksa diri melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri.

97. waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. jangan lari daripada kenyataan kehidupan.

98. yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan.

99. jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan kemiskinan orang.

100. sampaikan walau satu ayat kebaikan kepada orang lain. Semoga Allah merahmati kita

profile

hi there, my name is Zyma Hamdan
& i'll write about my life when i have the time & space to..


chatbox

to me, formspring is my chatbox :p
formspring


affiliates

my tumblr
ummi amalina
adibah
afiqah judin
ajeem roslan
amalina AB
bash NA
candy vca
dayu
deena
eqaa jais
fatin sahrani
iza dwen
jiemoh
lyah kahar
nisa ali
pauline
qeen jamil
qyrna
s'bad
syazana kahar
thyrah
wizzieshii
yesh
yuyu
waiyee
zee judin
zee judin photography

archive

January 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010

credits

I'll skin you alive if I found out that you're using my skin without credits!

Layout : irislauxinyu.