Kenali Dajjal
Friday, 26 February 2010

Subahannallah

Asal-Usul Keluarganya:


Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi.
Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya 'Minal
Munzharin' seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat
oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan
kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke
atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di
kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di
tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal;

ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya
seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang
perempuan gemuk dan banyak dagingnya . Menurut Imam Al
Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan
bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn
'syaqq' manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia
hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan
dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia
akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil
tidak diketahui dgn jelas.
(pernah terbaca sebuah buku..Kelahiran Dajjal -

Dajjal di lahirkan dari sepasang suami isteri yang berjimak semasa isterinya dalam keadaan haid)

Sifat² Badannya:


Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: Dajjal ialah
orang yang buta matanya sebelah
kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai
Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan
Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa
ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam
Hadis² Rasulullah saw, diantaranya:
Seorang yg
kelihatannya masih muda ; Berbadan Besar dan agak
kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal .
Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg
rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah
kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol
keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang.
Jadi kedua-dua matanya adalah cacat .

Kedua:

Tertulis didahinya tulisan 'Kafir (Kaf-Fa-Ra)'. Tulisan ini
dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai
membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda
ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku
sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg
terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang :


Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab
'Shahih Muslim', bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak
beberapa lama.
Ia dirantai di sebuah pulau
dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama

'Al-Jassasah'. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi
terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca
terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi
kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa
yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah
permukaan bumi ini dan tempat
'transitnya' itu ialah
di
sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya
kepada umat ini,
selama empat puluh hari sahaja . Namun
begitu,
hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan
hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan
satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti
hari-hari biasa
. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat
fitnah dan kerosakan itu ialah
14 bulan dan 14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:


Kami bertanya: 'Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia
akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia
akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama
seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan
dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg
masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti
hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi:
Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti
setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang
sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw
menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn
menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap
sembahyang..'

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita
mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut
perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan.
Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang
Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang
Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan
apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu
tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar,
maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya
waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya
hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn
masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada
sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg
kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:


Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji
umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya
beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan


Dajjal ialah:


1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan
Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn
kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada
tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa
dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa
dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat
akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu
Dajjal akan muncul membawa ujian.
Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan
berkata pada awan:


Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah
dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi,
perdagangan akan menjadi makmur dan stabil
pada org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk
yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap
berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada
diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung
roti (makanan) sedangkan org² yg tidak percaya
dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w.
bertanya:
'Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada
hari itu wahai Rasulullah?'

Nabi menjawab:
'Mereka akan merasa kenyang dengan
bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi
zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.' H.R
Ibnu Majah

2.
Adabersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama
dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai
air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan
kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana
hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan.
Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa
yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.


3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak
dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan
org² dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita
mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet
tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih
pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan
beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam
'... Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana
kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?

Nabi menjawab:
'Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan
'Al Ghaist' (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin
yang kencang.' H.R Muslim

Namun demikian,
Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua
Bandar suci umat Islam
iaitu Makkah Al Mukarramah dan
Madinah Al Munawwarah .

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan
kedudukannya:
Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal.
Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan
lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA:

Rasulullah s..a.w. juga telah meninggalkan kepada kita
beberapa cara yg perlu diikuti supaya kita dapat
selamat dari fitnah Dajjal ini.


Cara-cara itu ialah:

Pertama:

Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta
dan pembohong serta mempunyai beberapa kelemahan yg
ketara sekali. Diantaranya ialah buta mata sebelah
kiri. Seandainya ia sebagai tuhan, sudah tentu ia
dapat
menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di
mukanya itu. Dajjal takut kalau ada orang yg sempat
memperhatikan kekurangannya ini. Oleh kerana itu
apabila ia selesai memfitnah org di suatu tempat, ia
akan segera beredar dari situ. Ia takut ada orang yang
meneliti keaiban dan kekurangannya ini.

Kedua:

Tertulis didahinya perkataan 'Kafir' yang
bererti ia adalah seorang kafir, di mana tulisan ini
akan dapat dibaca oleh setiap Muslim, sama
ada dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam
tidak perlu terpedaya dgn godaannya. Apakah lagi nak
mengatakan dia sebagai tuhan.

Ketiga:

Menghindarkan diri daripadanya, sama ada pergi
ke Makkah atau Madinah atau duduk di rumah dan jgn
bergaul langsung dgn masyarakat yg telah tergoda oleh
fitnah Dajjal dan hendaklah ia menghalang golongan
perempuan dari keluar rumah kerana kebanyakan pengikut
Dajjal ini dari kalangan orang yang jahil tentang
Islam dan golongan perempuan.

Keempat:

Membaca sepuluh ayat pertama (atau yg
terakhir) dari surah Al-Kahfi seperti yg disebutkan
dalam hadis Rasulullah saw:
'.... Sesiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal
surah Al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan Dajjal
dan dalam riwayat lain, siapa yg hafal sepuluh ayat yg
terakhir daripadanya..' (Hadis Sahih Muslim)



profile

hi there, my name is Zyma Hamdan
& i'll write about my life when i have the time & space to..


chatbox

to me, formspring is my chatbox :p
formspring


affiliates

my tumblr
ummi amalina
adibah
afiqah judin
ajeem roslan
amalina AB
bash NA
candy vca
dayu
deena
eqaa jais
fatin sahrani
iza dwen
jiemoh
lyah kahar
nisa ali
pauline
qeen jamil
qyrna
s'bad
syazana kahar
thyrah
wizzieshii
yesh
yuyu
waiyee
zee judin
zee judin photography

archive

January 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010

credits

I'll skin you alive if I found out that you're using my skin without credits!

Layout : irislauxinyu.